Kamis, 29 Januari 2009

BAHAYA MEROKOK

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.
Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan.
Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok.
Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang DisekelilingSi perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru.

Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan.
Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan.
Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :- Melahirkan bayi yang kurang berat badan- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan- Lebih terdedah kepada kanser- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awalKesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :- Lebih mudah lelah- Mendapat jangkitan paru-paru- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.Statistik Kematian Akibat Tabiat MerokokDi Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok- Hidup lebih lama- Dapat menghindari racun- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat- Meningkatkan deria rasa dan bau- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok- Yakinkan diri- Buat nota peringatan- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”- Tumpukan pada hari ini- Sentiasa berfikiran positif- Dapatkan sokongan- Lawan keinginan untuk merokok- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokokSumber- (Pusat Racun Negara, USM Official Website- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian- Sabahan.net-) dari Blognya teman

Minggu, 04 Januari 2009

JAHAT, JAHAT, ISRAEL JAHAT...

" ...Jahat, jahat, Israel jahat...." Kudengar berkali-kali anakku yang sulung menggerutu sambil menonton berita dilayar kaca. setelah aku dekati ternyata anakku yang baru duduk di SD (Sekolah Dasar) Kelas 3 sedang menyaksikan kebrutalan Bangsa(T) israel yang membombardir didaerah Jalur Gaza Palestina. Segera aku menenangkan hatinya yang gusar bahkan matanya sudah berkaca-kaca. Kucoba ajak bicara, ada apa koq menggerutu begitu ? Dengan suara agak keras dia menjawab "...itu lihat Ba, anak-anak kecil itu mati ditembaki sama israel, Aku ingin membalas Ba, ingin membalas Ba..." Aku agak kaget dengan pernyataannya itu, jangan-jangan anakku mulai ada benih-benih semangat untuk jihad..(he..he..) Segera aku jelaskan bahwa Israel mulai dari dulu seperti itu bahkan sudah diNas-kan didalam Alqur'an. Segera dia berlari mencari Alqur'an terjemahan dan tanya disurat apa? aku jawab baca disurat Al-Baqoroh...
Memang kalau kita lihat dan baca dimedia-media akhir-akhir ini Israel memang sangat kurang ajar. Situasi di Gaza makin buruk. Israel menembakkan peluru-peluru ke sebuah masjid di Beit Lahiya yang dituduh menjadi pos komando dan pangkalan serangan Hamas.
Sedikitnya 11 warga sipil, termasuk sejumlah anak, tewas dan 50 orang luka-luka, kata pejabat Hamas dan medis. Serangan Isarel itu telah membuat korban tewas Palestina menjadi 489 orang, dengan sekitar 2.050 orang terluka, dalam pertumpahan darah berlarut-larut terburuk dalam beberapa dasawarsa konflik antara Israel dan Palestina.
Kelompok bantuan kemanusiaan menyatakan suplai makanan dan bahan bakar makin berkurang. Rumah-rumah sakit melaporkan kekurangan makanan, bahkan yang paling mendasar. Mereka menyatakan tidak memiliki kapasitas lagi untuk mengatasi bertambahnya jumlah korban tewas.
Permintaan bantuan dari Gaza itu diabaikan Menlu Israel Tzipi Livni. Menteri perempuan tersebut membantah adanya krisis kemanusiaan di Jalur Gaza. Karena itu, tidak perlu ada gencatan senjata kemanusiaan.Setelah bertemu Presiden Prancis Nicolas Sarkozy, Livni menolak imbauan Prancis untuk memberlakukan 48 jam gencatan senjata agar bantuan kemanusiaan bisa masuk. ''Israel telah memasok bantuan kemanusiaan di Jalur Gaza, bahkan makin meningkat hingga hari ini,'' tegasnya.
Deplu Israel menyatakan, sejak awal operasi militer Israel, 335 truk berisi bantuan kemanusiaan sudah dikirim ke Gaza.Namun, menurut Karen Abu Zayed, komisaris Bantuan PBB (UNRWA) di Gaza, selama delapan tahun dirinya bertugas, tidak pernah terjadi kekurangan bantuan yang sangat akut seperti sekarang. ''Saya memohon dan sedih saat melihat penderitaan di sekeliling saya,'' katanya.Hasan Khalaf, asisten wakil menteri kesehatan Gaza, menggambarkan situasi di Gaza sebagai pembantaian Israel.

" KEPARAT KAU ISRAEL "

Wahai Allah,
Dzat Yang Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Bijaksana
Tenangkanlah hatiku
Aku sedang gundah Ya Allah,
Hatiku merana, meradang, marah….
dengan kedua tangan terikat dan kaki terbelenggu.
Hanya kedua mataku yang terpaku nanar ke layar kaca….
menjadi saksi atas kezhaliman suatu bangsa……
Mataku menatap sosok-sosok berdarah di layar kaca
Sosok-sosok yang meregang nyawa ribuan kilometer jauhnya dari tempat dudukku
SubhanAllah……
Wajah-wajah yang dengan tenang meregang nyawa menghadap kamera dunia
dengan menyebut namaMu………
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
Allahu Akbar……..
apa dayaku……..hanya airmata yang ada…
Tapi aku tahu Ya Allah, bahwa Engkau ADA.
Engkau Menyaksikan
Dan Engkau sedang Menguji kami
Kalaulah kami tak faham bahwa Engkau ADA,
Kalaulah kami tak faham bahwa Engkau Maha Perkasa…
Lebih Perkasa dari bom-bom si laknat Ehud Olmert, Tzipi Livni dan Ehud Barak…..
Lebih Perkasa dari kata-kata berbisa dan penuh laknat
dari pemimpin Amerika maupun Inggris….
Lebih Perkasa dari retorika PBB dan dunia Arab yang hanya bermain kata……..
Kalaulah kami tak faham itu semua maka mungkin kami
hanya dapat menggigit bibir sendiri karena frustrasi dan putus asa
TIDAK
Sekali-kali TIDAK
Kami tak putus asa, sebab putus asa dari RahmatMu adalah celaka
Kami tak mau CELAKA
Sebagaimana mereka yang karena berebut pengaruh dunia
telah menjadikan saudara-saudara kami sebagai tumbal mereka.
Sebagaimana pemimpin Mesir akan menjadi yang paling celaka
karena mengunci perbatasan dan menawan Gaza
dalam neraka bom tanpa suplai apapun.
TIDAK dan sekali lagi TIDAK
Kami tak mau putus asa,
sebagaimana mereka yang terzhalimi di GAZA tidak putus asa….
Kami harus MELAWAN….kata mereka….
Kami yang di sini harus membantu
Dengan apapun juga yang mungkin…..
meskipun hanya dengan sederet kata-kata di dunia maya
Dan sebait lantunan doa di tengah malam dengan Qunut Nazilah.

(Sumber : Era muslim )